27/11/2012 , 22:48pm
Ikan gelama dimasak serai
Masak dengan api menyala
Sudah lama kita bercerai
Sampai masa rujuk semula
Kekasih anda terlalu hiba
Jangan ditegur jangan disapa
Masih ingatkah kepada hamba
Terasa sedih kalau dilupa .
Salam Sejahtera , Salam 1 Malaysia , Salam 1 Puncak :)
Menjenguk semula ke laman blogger ni membuatkan hati ini berbisik dan berkata : 'Debu, Habuk, dan sarang laba-laba memenuhi rumah kediaman ku ini' Sungguh lama aku xmengemas rumah kecilku ini kerana lalai dengan menjaga Si "Burung Biru" . Tapi , hari ini , terdetik rasa di hati untuk datang menjenguk semula untuk meninjau dan 'renovate' supaya menjadi idaman Se-Malaya / Harimau Malaya . :)
Genap 2 bulan 26 hari , diriku bergelar seorang Mahasiswi Uitm , Puncak Alam . Sedar x sedar , dah nak dekat Final Exam pada awal Jan 2013 . Persiapan exam macam biasa la , nak ckp constantly study xjuga . Alah , yang penting belajar pun. Actually , menjadi seorang mahasiswi adalah impian dan cita2 dari kecil. Tapi , tak menyangka plak betul2 dapat masuk Uni . Syukur yang mampu ku ungkapkan saat ku menerima surat tawaran . Kegembiraan xterucap dari kata2 , xterkeluar dr buah bicara . Hanya kegembiraan yang ku rasa tak terhingga . Apa-apapun , kejayaan adalah penting dalam setiap aspek kehidupan . Kerana , Kehidupan mengajar kita erti segalanya .Bukan sekadar ketawa , malah , kecewa , duka , pahit manis yang perlu dilalui dengan penuh tabah dan sabar.
Uitm dihati ku :) Usaha Taqwa Mulia
Amboih , bukan main lagi aku .. Kalau dh emosi , gunung everest pun belum tentu menang . Anyway , sampai di sini sahaja coretan dan celoteh pada hari ini . Esok jumpa lagi :) Selamat Malam !!
Salam Sayang;
Linda :)






:)sunyi jer
ReplyDelete